Monday 21 November 2011

isi hati yang tak terungkap

semalaman ku memilirkan caranya
tidak terlihat dalam dua dimensi
mencari makna, mencari erti
erti dan makna tentang kehidupan yang telah ku jalani

sahabatku pernah bertanyakan soalan ini
'apa yang kau cari dalam hidup?'

soalan yang di tanya beberapa tahun yang lalu namun masih ternyiyang di telingaku
menyelami lautan dalam belum pasti akan menemui jawapannya
soalan yang lebih mudah dari menjawab peperiksaan
yang boleh dijawab menggunakan logik akal manusia
tetapi adakah ianya menjawab soalan yang di kemukakan
ataupun cuma sekadar jawapan yang boleh dikategorikan sebagai sampah?
sekadar angin lalu yang menghembus pipi
memberikan kedinginan seketika kepada kaum manusia
ini seakan-akan mimpi untuk kita
kerana ianya cuma sebentar
sekejap saja
kerana setelah kita bangkit dari tidur..
hilanglah mimpi, hilang lah segalanya

ini isi hatiku...ini persoalan hidupku
aku akan mencari jawapan untuk sahabatku
merungkai segala kekalutan yang telah tersimpul sekian lama
meskipun ku harus tempuhi seribu tahun lagi